0

Mummy, kenapa kita kena pakai spender?

Erkk..ni soalan cepu emas dari anak kesayangan acik. Mummy, kenapa kita kena pakai spender? Bagi yang tak tau spender tu ape, spender tu seluar kecik atau seluar dalam atau ada yang panggil sepentot. Macam2 bahasa budak2 ni..

Acik pun tak tau nak jawab camner. Alih2 acik jawab – “ Sebab kalau tak pakai spender, nanti bila ada ulat naik atas kaki Ajan, dia terus jumpa teteh (teteh tu eherm eherm lerr) dan terus gigit. Tapi kalau Ajan pakai spender, dia nak masuk pun tak boleh sebab spender Ajan dah tutup jalan tak bagi dia masuk”. Acik pun tak tau logik ke tak logik jawapan acik tu tapi rasanya make sense untuk dia. Sebab dia tak tanya lagi dah.. Kira masuk akal jugak le gamaknye.

So, acik google untuk jawapan kenapa kita kena pakai spender..takde satu jawapan yang konklusif pon. Ada yang kata untuk kebersihan, ada yang kata sekiranya ada kemalangan, kita tak akan diaibkan.. dan pelbagai alasan lagi.

Kenapa soalan ni keluar?? Oh ye.. sebab hujung minggu lepas pi shupping untuk raya. Kita mak2 ni kan, baju2 anak la yg dipentingkan. Baju kita ala kadar udah2 ler..So, kira beli sekali la seluar kecik dia, baju t- shirt, baju tidur, kemeja, songkok, sampin, kasut. Pants dah beli lama dah..ari tu ada promotion, so dapat la seluar Peter Rabbit yang kira2 dalam 60% diskaun. Bila sampai ke bahagian seluar kecik tu la dia tanya..

Adoi..budak2 ni ada je soalan2 yang tulus dari hati dan pemikirannya. Ada satu hari tu, dia kata kalau Mummy sakit perut, kita pegi hospital ye..lepas tu boleh dapat adik.. Erkkkk..ingat sonang camgitu ke? Tapi yela, secara mudahnya ..tetapi kita juga bertanggungjawab untuk meng-explainkan benda tu kearah pemahamannya. Quite complicated jugak le bila tang explain2 ni..

Ada banyak lagi soalan2 nye..contohnya, kenapa kita nak raya kena puasa dulu? Kenapa kita kena makan? Cam mana Ajan keluar dari perut Mummy?? Adussss…..Anak acik nie memang mulut dia potpet potpet..tak renti2 bercakap. Acik ingat dia nak jadi cam Aznil la bila besar nanti..bercakap je keja nye..

Nasib baik dia tak tanya kenapa Superman & Batman pakai spender kat luar..pecah kepala nak jawab tu..kuikuikui..

Bai dulu..muaaahss..

Salah rupanya aku selama ni..baru ku tauu..

Alahai..selama ni acik kopek manggis cara salah rupanya. Patut la sampai terkena baju air purple dari kulit dia tu. Lepas tu makan macam renyah je..salah cara rupa nya. Hehehehehe..tak pe..dah memang salah..ngaku je..

Masa mengandung anak acik dulu, acik belasah sorang manggis 3kg. Tu bukan makan namanye, mentekedarah tu bahasa kasar nye..hehehehe..tu citer dulu..malu aaahh.. sekarang, tengok manggis pun tak berapa hengen laaa..lagi la dengan harge yang mahal sekarang ni..

Ok kengkawan..marilah kita tengok gambar2 macam mana cara betul kopek manggis. Lepas ni boleh makan betul, tak yah renyah2.


Baii dulu..muaaahss.
0

20 Petua Murah Rezeki

Hari ni acik buat blogwalking..macam2 blog acik terjah. Saje je ..nak up kan traffic acik kan. Lepas tu exchange link dengan kawan2 alam cyber ni. Jalan punya jalan, acik jumpa satu ni. Rasa nya amatlah berbaloi untuk dikongsi dengan sumer kengkawan. So, lepas acik mintak izin dengan empunya blog (dia kata amik le apa2 pun kat blog dia), acik pun cilok secara berhemah.

Ahh..sapa tuan punya blog? Ni haa..entah anak saper tah..tapi kalau nak berkenalan, jengah le budak nama Shah ni. Terima kasih ye Shah. Akak dah tempekkan kat bawah ni. Best baca ni..

Tapi perlu diingat, rezeki bukan wang semata2..segala yang baik adalah rezeki jugak..dapat terpijak duit 5 sen pun rezeki, dapat anak rezeki, dapat kuih free pun rezeki..kena ucapkan Alhamdulillah..




20 Petua Murah Rezeki

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah. Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan. Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firmanNya dalam hadis Qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar.  Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa. Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan sentiasa ingat Allah (SWT). Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah. Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain. Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyakkan berselawat.  Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak. Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari). Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11. Menjalin silaturrahim. Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Selalu berada dalam keadaan berwuduk. Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Selalu Bersedekah. Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)



14. Selalu bangun solat malam (tahajud). Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15. Selalu menunaikan Solat Dhuha. Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah (SWT). Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi:

“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu. Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah. Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan. Mohonlah kepada Allah...

19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik. Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah. Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.

Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah...

Camner? OK kan..dengan mengambil keberkatan bulan Ramadhan ni, mai la kita pertingkatkan usaha ibadah. Ni peringatan untuk acik & suku sakat acik jugak la ye..

Baaii dulu..muaahhss.

Saudi pulak tak halal..kweng kweng kweng...





Nampak gaya acik nulis pasal isu halal je la hari ni yek..sebab email pun berduyun tiba pasal isu ni. Iye laaa..kita share2..kengkadang teralpa sekejap..


Ni pulak pasal french fries jenama Saudi. Amboi..jenama very the Islamic gitew tapi..ragu2 jugak..

Ada ke jabatan di kat mesia ->JARAHTAN KEMAHJAN ISLAM MALAYSIA .. Lawak betol la diorang ni..Nak menipu pun tak pro…

Tapi kan kengkawan, walau ada logo halal pun, telek la depan belakang kiri kanan atas bawah bahan kandungan dia. Take time sikit kat supermarket sebelum beli benda2 makan ni... Sedangkan beg Gucci diorang boleh ciplak, ini kan pulak logo halal..suka suki je la super impose kan logo tu..yang susah nanti kita..dah jadi darah daging susah nak keluar balik..renung2kan..selamat beramal..hehehehhe..

Baii dulu..muahhhhss.

McDonald halal ke?




Acik tak yah cakap lelebih. McD memang dijamin halal. Amin amin amin...

Baii dulu..muaaahhhss..

Isu halal lagi..tak abis abis..

Acik ni baru je lepas baik demam. 3 hari demam tak kebah2, acik pi specialist hospital. Pegi ambik darah. Ye la mana la tau kan. Takut gak denggi ke ape. Kena cucuk 3 kali sebab budak2 lab ( ah ah..3 orang yang kejakan acik) tak jumpa urat darah. Ah ah..acik ni tembam, jadi uratnya macam nun jauh di sana..Lepas cucuk ke tiga baru le dapat.. tapi alhamdulillah, takde denggi..

Masuk ofis je seperti biasa, acik bukak email. Hmmm..screen mana2 yang patut dibaca kemudian, yang patut dibaca dulu. Ada la satu email ni pasal halal..acik kalau pasal halal memang sepantas kilat..acik pun bukak..Eh eh..citer pasa restoran PappaRich & restoran India sebelah Maybank kat Puduraya. Sapa penah makan kat PappaRich ni? Acik tau PappaRick ada kat Wangsa Maju satu, kat Kepong satu yang selebihnya tak tau.. Nasib baik acik tak penah pegi ke kedua2 tempat ni.. isk isk isk.. Rupanya pakai logo halal yang tak sah. Kalau logo dah tak sah, cuba renung2 kan, sumber2 masakan tu sah ke tak. Kalau dalam kedua2 kes ni, ayamnya dikatakan dibeli di kedai di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.) yang proses penyembelihannya diragui. Ada ayam tak putus urat, ada yang kiok kena cucuk, ada yang kong kena rendam dalam air panas, ada yang kojol lemas!! Astaghafirullahal’azim…jangan la kita selama ni makan bangkai..

Tengok le gambar2 “ngeri” kat bawah ni. Haaaisssshh..lepas ni acik nak beli ayam hidup, suh orang tu sembelih depan mata acik..puas hati halallan toyiban.















Camner rupa logo halal yang sah? Tengok kat bawah ni..

Logo-logo halal MY & antarabangsa
Sijil Halal mengikut Kod Negeri
Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, dan lebih baik dijauhi.”
(Riwayat: Bukhari dan Muslim).

Baii dulu..muaahhhss..
0

Facebook acik tak leh masuk!!

Haaaaaissssshh..acik bengang sungguh ari ni. Dah la dari pagi tadi sampai sekarang acik tak renti2 pegi tandas..ah ah ..food poisoning sebab penangan ayam percik masam semalam agaknye. Citer bukak posa lagi..ni yang acik malas nak beli pukal dari bazaar Ramadhan ni..entah2 semalam punya dipanaskan balik..mana customer tau. Alih2 sakit puwut (hahahaha..ini anak acik yang comel tu punya bahasa). Memulas2 beb..

Ok nape acik bengang lagi? Kunun2 berehat sakan kat umah, acik buleh la masuk fb ke, twitter ke sebab kat opis kena block. Tapi tetiba..jeng jeng jeng..katanya password tak betul..acik rasa dah betul dah..tapi dia kata..tak leh masuk la acik, password salah.. ehh..takde ler dia kata cenggitu, tapi maksud nya cenggitu leee..

So acik ikut langkah satu persatu nak dapatkan password baru. Tunggu punya tunggu, tak dapat email pun..ye la sebab dia kata nak anto confirmation kod ke email. Acik masuk balik ke laman fb dan tekan help kat bawah tu. Acik tekan ada satu subjek kata kalau tak dapat email reset password, klik kat situ. Acik klik & dia bagi la acik bagi satu lagi alternatif email. OK - email tu sampai tapi dia suh acik konfem kan betul ke acik ni empunya fb account tu. Acik pun konfem kan lerr.. tapi sampai laaaaaaa ni tak dapat2 lagi email nak reset password. Bengang songgohhhh..

So acik musykil, fb ni kan main femes. Sepatutnya team tech dia up to date..kata pelopor dunia social networking...Takkan nak reset password sampai satu hari. Sedangkan nak reset email punya password pun tak susah cenggini.  So acik memang tersangat disappointed laa..sebab skg dunia tech, sumer2 boleh verify cepat. Pantas & tuntas gitewwww..

Hummmm...apa2 je la  fb oi...acik akan tunggu jugak. Yela frens dah ratus2..takkan nak create profile baru. Hilang la frens acik..lepas tu sesia la level Mafia Wars, Farmville, Farmtown (acik dah dekat sangat nak  beli ladang no. 2), apa2 benda apps dalam FB ni la..addoiiii...mungkinkan ini berlaku....takpo, acik tunggu gakkk..



Dah satu broadband ni plak..tak konsisten langsung. Sekejap mencanak laju, kejap langsung takdak signal. Dah kene disconnect and connect balik. Kata jalur lebar terbaik & terpantas & terhebat (tau2 la saper yeee...). Tapi speed tak sampai 1kbps. Chettt.. Tapi kan acik ingat nak sign up broadband yellow man laaa..i follow you..

Baii duluu..muaaahsss..
0

Jangan risau..ditanggung halal..

Ari ni acik dapat email lagi dari ex-colleague acik. Email ni berkenaan dengan kesahihah halal produk dari pengeluar Yeo Hiap Seng. Dulu ka nada satu kontroversi eherm eherm yang agak mencemarkan produk2 Yeo’s ni. Masa tu acik tak beli jugak le, sebab tak dengar pun kesahihan halalnya.

So, lepas ni, harap2 takde yang ragu2 lagi ye..Sumer2 ditanggung halal..Acik tempekkan sikit email dari kawan acik tu.. kengkawan baca la yer ..termasuk dengan attachment attachment nye sekali untuk mengsahihkan lagi hujah2 mereka.

Baii dulu..muahhhss..


From: Public Relations [mailto:PublicRelations@yeos.com]
Sent: Wednesday, August 18, 2010 12:11 PM
To: KAHAR, Kudsia


Subject: GREEN Soya bean drink from YEO's dan FANTA APPLE


Dear Ms. Kudsia,


Warm Greetings from Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad ! Nice to talk to you just now.


We would like to extend our sincere gratitue for sharing your concern with us. In regards to the email circulation message regarding Yeo's Green Bean Soy Drink contains the ingredient Emulsifier (E471). Emulsifier (E471) is Distilled Monoglycerides (DMG) ; a group of elmulsifiers which can be derived from either animal or plant sources. The company would like to assure our customers that the Emulsifier (E471) found in the product is of 100% Vegetable Origin and is HALAL Certified by Malaysia Halal Industry Development Corporation (HDC/JAKIM); Ref no: HDC/HI-06/1108-02/2004 ; Item No. 2 : Distilled Monoglycerides (DMG). A copy of which is attached hereto.


At YHSM, we respect the religious beliefs and practices of all consumers, and are sensitive to the needs and varrying concerns of all our consumers. We take great effort to ensure that these needs are met in the best possible manner. It is our policy to comply with Halal certification and procedures.


We greatly value our customers' feedback and we look forward to all of our valued customers continued support for the Yeo's range of products.


Thank you & Stay Healthy with Yeo's !


Warmest Regards,
Customer Care Team



0

Buka puasa RM2..

Selamat pagi sumer! Hari ini hari Rabu..ah ah..acik tau sumer orang tau..sajer je nak bagitau..mana la tau ada yang agak2 tak tau..

Ari tu, acik ada dapat email dari kawan acik. Ni sumer pasal acik komplen barang2 pasar juadah dah naik mencanak2. Alih2 lepas tu, teng! Email sampai..dengan title “Buka Puasa RM2”. Wah ..menarik ni..

So acik pun baca laa.. memandangkan acik malas nak summarize kat dalam blog ni..acik tempekkan je kat sini yek. Kengkawan baca la sendiri yek..


Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku


Oleh Syed Mu’az Syed Putra


August 13, 2010



Dengan hanya RM2 pelanggan boleh menikmati tiga jenis lauk dan makan sepuasnya.


SHAH ALAM, 13 Ogos — Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.


Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.


Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.


Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin. Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.


“Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara,” katanya. Restoran ini menggunakan konsep layan diri.

“Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan... ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan,” kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.


Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran. Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa. “Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2. “Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan,” katanya.


Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara. Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia. “Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan. "Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya,” kata Azahar. Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang. “Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.


“Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme,” katanya. Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan. “Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang. “Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yang sama,” katanya. Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.


Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa. “Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu. “Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan,” Azahar lagi.


Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak. Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang. Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah. “Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga. “Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti,” katanya.







So acik punya komen, acik suka konsep ni. Ni lagi murah dah breakfast kita pagi2..yang paling kurang pun RM3. Tapi memandangkan lokasinya di Shah Alam, acik kena lupakan hasrat nak pegi makan kat sana. Ye laaa..nak redah jem kat Federal Highway tu satu citer..kos minyak dengan tol lagi mahal dari kos makan kang..so tak berbaloi. Tapi memang acik sokong 200% usaha murni Datuk Zainal ni. Memang dia saying Malaysia sungguh..dan yang paling best, rakyat mesia je bleh makan kat sini. Memang bagus, tabik spring kat Datuk!

Memandangkan internet tak berapa best line ari ni, acik rehat dulu ye..

Baii dulu..muaahhsss.

Bukak puasa?

Semalam masa acik balik keja, jalan jem banyak..bayangkan AKLEH tu pun jem melata.. Memang tak lari ah KL ni dari jem..kita yang nak lari beria-ia dari jem tapi tak bleh. Nanti la kot.. masa raya kang. Memang jalan di KL ni, tido tengah jalan pun bleh masa tu.

Balik balik acik singgah ampang. Iyela..amik anak tersayang dari nurseri dia. Kena la lalu Bukit Indah tu. Kat situ jugak ada bazaar Ramadhan. Dah 3 tahun dah buat kat situ.

Kuih muih..melambak2. Pegi selatan naik balik utara..memang best giler segala macam ada. Cam astro plak..heheheheh. Tapi ni acik nak cakap sket..kenapa la masa bulan posa, yang kita ni digalakkan berjimat, kuih muih mahal melata? Ye la, bagi acik yang gaji tak sebaper ni, memang mahal.

Mai kita terjah beberapa harga juadah yang sempat acik tanya semalam. Air tebu sejag - RM4.50, Murtabak - ada RM2 (tapi nipis), ada RM3 (isi sedang2), ada RM4 (ni kedai mamak punya, tebal sket le..tapi dah sejuk). Roti John - panjang RM3.50, Otak2 - 60 sen satu. Kari daging lauk kawah - RM6 sepeket, Tepung pelita - ada 5 biji RM2, ada yang 50 sen satu. Ayam percik - 1 part RM4. Bunga api pun ader yang jual..tak serik2 kena tangkap diorang. Semalam dah kuar Buletin Utama, ada mamat jual bunga api kat bazaar Ramadhan kena cekup. Tapi, iyela, permintaan ade ye dak...

Akhirnya, acik beli tepung pelita, air tebu sejag, ayam percik nak buat lauk supaya balik umah tak yah masak dan murtabak daging 2 keping. Boleh la tu..sampai sampai umah terus hidang je..pecah air batu sket masuk jag untuk air tebu tu dan masak nasik dan sayur mee suah semalam.

So, ari ni acik nak kena pikir plak nak masak ke nak beli. Tengok le keadaan. Kalau awak sampai rumah, kira2 jarak masa ada dalam 45 min nak masak, acik masak le..kalau rasa2 jalan jem tu, sah2 singgah bazaar Ramadhan la jawabnye..kita ibu2 yang bekerja ni memang tak lari laaa dari kesibukan yang cenggini. Malam2 plak nak iron baju anak, tengok buku anak, kemas beg anak, tengok baju kita & abah dia plak..


Itu la dia jadi mak2 ni. Sibuk tak hengat. Orang pertama bangun pagi, yang paling last tido. Tapi takpe, amanah tu..

Baii dulu..muahhhsss..
0

Waaaahhh!! Acik buat posting dalam BM!

Waaaahhh!! Acik buat posting BM!


Salam sumer..ngeh ngeh ngeh..ni le first time acik buat posting dalam BM. Acik ada satu blog lagi ni (masqueradeq.blogspot.com) tapi sumer tulis2 dalam bahasa omputih.

Memandangkan acik dah kemaruk berblog ni, tak adil kalu acik tak berblog dalam BM, so acik sign up satu lagi akaun blogger dan akan posting in BM aje..dedikasi untuk bahasa kebangsaan kita.

So, apa la acik nak citer ari ni? Hari ni hari Isnin - memang kebanyakan kita susah ler sangat nak bangun pagi nak pi keja. Liat sungguh. Acik pun gitew. Apa la lagi nak kena bangun sahur & lepas tu bangun pagi pegi keja. Acik punya rutin ni pelik sket..acik duk Nilai tapi anta anak kat Ampang.. (Ampang Selangor, bukan Ampangan). Acik keja kat KL, hubby acik keja kat PJ. So lepas drop my boy, keta park kat rumah pak mentua, hubby acik anta acik gi keja naik motor. Ah ah..ala ala minah rempit gitew. Cepat sket sampai..keluar Nilai 6 pagi, sampai ofis 7.15..muahhahahah..mengalahkan orang dok Ampang, Pandan Indah atau Cheras, yang sampai ofis pukul pukul 8.45 ..chet..!

Ok la ye..nanti acik sambung lagi. Acik nak pikir plak nak wat posting apa lagi lepas ni.

Bai dulu…muahhhs!

Related Posts with Thumbnails
Back to Top