Tips Keibubapaan



Salam sumer.

Acik ni sorang ibu & acik tau menjadi seorang ibu & seorang bapa adalah perkara yang paling mencabar di dalam dunia ni. Baik anak kita sowang, 2 owang, berowang2..tak kisah. Cabaran tetap cabaran. Especially menjadi sowang ibu. Bapa tu tak ler sangat. Ada ler orang kata ibu merupakan satu pekerjaan 24 jam, jarang dihargai, tidak bergaji dan tidak boleh letak jawatan. Betul ke tak statement tu? Bagi acik, memang betul pun. Takde satu research company kat mesia ni boleh bagitau berapa gaji yang sorang ibu patut dapat. Tapi sebaik-baik penghargaan adalah bila anak dia tu jadi orang, bukan setakat orang, jadi orang yang berguna - kepada agama, bangsa & negara nya. Tengok la ibu2 mithali yang dapat anugerah tu..seronok tengok anak2 jadi doktor, peguam, engineer dan sebagainya. Saat itu menyaingi mana2 paycheck juta2 hengget yang dia dapat.

Menjadi ibu moden ni untung. Macam2 parenting tips yang kita boleh dapat. Pengalaman peribadi, baca dari buku, google kat internet..best kan? Semuanya disediakan supaya kita jadi ibu bapa yang terbaik. Tapi cukup ke? Kalau ikut pengalaman cetek acik ni, so far tak cukup. Tapi ia membantu. Ye lah, membantu dari segi theory nya, tapi praktikal nya kita gak yang kena buat kan.

Memandangkan acik ni suka membaca pasal tips2 jadi ibu bapa yang hebat, acik nak share jugak kat sini la. Nanti kalau ada sapa2 yang nak tambah, acik alu-alukan. Terima kasih kepada sweetstory, yang mana acik jumpa tips2 ni sumer.





TIPS DIPETIK DARI KURSUS IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR OLEH DATO’ DR FADZILLAH KAMSAH YANG DISERTAI OLEH AHLI PERSATUAN KAKITANGAN ISLAM JOHOR PADA 20.02.2010


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;

• Sebelum tidur

• Semasa tidur

• Selepas tidur

• Selepas riadah

• Selepas solat

• Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “ Nak, solat jangan ditinggalkan” dan bukannya “ Nak, jadilah anak yang cemerlang ” (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

Related Posts with Thumbnails
Back to Top