0

Nehi Nehi !! Jangan jangan!! Tak relaaaa!!

Acik cuma membantu Nuffnang menyebarkan khidmat pesanan masyarakat..Jangan langgar etika blogging yek..nanti busuk satu kampung tak leh carik makan..



Abang Robb dari Nuffnang kata cenggini :
"We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.


As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.


We’ve noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog’s owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.


Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors’ help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads


Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.


Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud.


We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities.


Thank you for your attention.
Say NO to click Fraud."


menyokong NO TO CLICK FRAUD!
0

Tersentap hatiku..

Tersentap hatiku..

Acik bukan nak create kontroversi..nanti orang kata acik banyak kesah pulak. Tapi hati acik memang betul2 tersentap dengan satu sms yang acik terima dari orang atasan acik. Alah..bukan le atas sangat, tapi atas sket dari acik laaa..

Anak acik demam dari sabtu lepas. Temperature tinggi2 belaka..38.9C, 39.5C..memang lebih la tahap demam biasa. Kalau masuk hospital, memang sah masuk ubat punggung punya. Tapi acik faham perasaan anak acik, walaupun ubat punggung tu lembut, tapi sakit jugak sebab kena paksa masuk. So, kalau boleh, acik tak kan masukkan melainkan memang takde pilihan. Acik just lap2 kan badan dia, letas air asam atas kepala .. tapi dah nak dekat isnin, tak kebah2 lagi. Ubat deman setiap 4 jam acik suap makan..tapi tak baik2 jugak.

Alkisahnya, acik terpaksa bawak dia pi jumpa doctor kat ampang puteri. Biasa laaa, bila anak kita sakit, kita amik EL. Sapa nak amik planned leave kalau anak sakit? Ada plan ke nak anak sakit? So, acik sms le kata amik EL semalam (hari isnin)..Dalam kerisauan hal anak, tepon bunyik – ada sms masuk. Reply sungguh mengecewakan. Kalau dengan adab kasar, acik mentafsirkan sms tu cenggini l- “Jangan suka suki amik EL, nanti keja ko teruk. Tolong jangan amik EL lagi.”.

Acik memang tersangat2 tersentap – sebabnya :
1. Kita sama2 pompuan & sama2 punya anak, bezanya ko ada maid, aku takde
2. So far, pasal keja, memang tip top, tak penah ada komplen
3. Mana pi sifat keibuan? Keja boleh carik, anak walau beratus, sorang2 tak sama. Inikan aku yang ada anak sowang ni ajer.
4. Itu aku punya cuti, apa ko kesah?

Acik masuk ofis arini, muka toya. Anak demam lagi tu. Hantar jugak pi tadika dia. Siap dengan tampal kepala cool fever, bekal air 100 Plus & ubat demam. Doktor semalam siap paksa2 masuk wad tapi acik terpaksa explain berkilo2 meter panjang tentang birokrasi ofis acik ni. Terpaksa pulak doctor beralah. Cuma dia kata kalau lepas 5 hari antibiotik demam tak baik2 jugak, memang kena masuk hospital. Adeh adeh adeh…mintak2 sumernya ok..

Tapi acik masih sentap lagi ni..so jangan le sesapa buat tak betul arini, memang kena sejibik!

Baii dulu..muaaahhss..

0

Raya Oh Raya..Lagiiii..

Mood raya masih berlegar2 di minda ni..badan je keja tapi otak tah ke mana2 tah.. tengah jalan2 raya makan rendang, lemang, lontong, almond London, cornflakes chocolate..kuikuikui..

Mana tak..kat ofis pun berlambak kuih raya..segala macam ..jenuh jugak jalan raya ke workstation2 kat ofis2 nih..siap nyebuk pegi floor2 lain..ala2 nak antar dokumen tapi jenguk2 jugak meja sesapa yang acik kenal..dapat ler rasa kuih sodap, kuih yg kurang sodap pun aderr.. belasah je laaa..

Masa sebelum raya ari tu, ada gak pi timbang berat badan, ehek, ada la kurang 4kg. Tapi lepas raya ni macam takut plak tengok mesin timbang tu..takut pecah..hahahahah. Bukannya apa, rasa berat semacam je..ye laaa, belasah nye lebih, exercise yelek, benda berlemak bersantan, bermentega, maaaakk aaaiii..mencanak2 la meter kilo tu kaang. Dibuatnya timbang kat shopping kompleks, dah sah satu kampong mesin tu menjerit kang..eiiih..tak mo tak mo..nanti2 laaa yekk..


Open house ada gak beberapa yang terpaksa dilepaskan. Sebab clash..si anu buat ari dan waktu yang sama dengan si anu tu..alih2 kena pilih. Ada jugak kena menyeberang border negeri..ah ah..acik ni kan dok nilai, dah open house buat kat Klang, kat Langat, kat Ampang..jengah jugak leee..eleh..cam acik tak biasa cross2 sempadan ni ye dakkk..hari2 buat ..ehheheheh. Masa tengah tulis blog ni pun acik tengah dengar lagu raya dari blog acik ni. Kalu tak caya, biar je blog acik terpasang, dengar la radio free..macam2 lagu ada…ahaks..macam astro la plak.


Satu open house yang acik yang memang tak sabo2 nak pi..kompeni acik buat. Last year akak pi, punya grand, buat buffet cam hotel. Makan berjenis, kuih berlambak2, dengan satay la, rendang la, lemang, makanan Cina, India, makanan omputih pun ada…penat tak penat je perut nak layan..tapi I tell you, memang best. Memang tahap hotel gaban la dia punya makanan..buat pun memang kat convention centre tahap hotel yang agak femes tu..so kalau tak pegi memang rugi rasanyerr.. So, 2hb punya open house yg lain, KIV dulu..ado maso eden datang on time, tak sompek, eden datang malam2 sket la yo…

Baii dulu..muaaahss..

0
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari acik sekeluarga. Berhati-hati di jalanraya & semoga meriah Raya anda.



Wajib baca .. cerita kerang

Wahai kengkawan sekalian..

Isu halal di mana2..even kerang pun tak terselamat..

Acik dapat email dari kawan acik seminit yang lalu.. haiii..apa nak jadi la niii..




Kerang atas darah babi


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/09/07

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.


KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.


Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.


Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.


Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.


Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.


“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.


Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.


Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.


Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

Adoi..fening fening...

Baaii dulu...muahhss.

0

Raya Oh Raya..

Hari Raya datang lagi..dalam masa beberapa hari je lagi..Sudah kah anda bersiap sedia? Rendang apa nak masak? Ketupat? Lemang? Lemang tu kalau di KL ni sah2 beli tepi jalan jee…kuikuikui..

Baju anak? Kasut anak? Stokin? Songkok? Sampin..ni antara2 checklist2 yang kena dicompletekan..kalu tak, ada yang menjerit pagi raya..Anak acik punyer dah siappppp!

Kuih muih? Kacang macang?Gula2? Iskkkk..terbanyak la plakkk.. Bukannye ape, acik balik ofis minggu lepas, tengok ramai bawak kuih2 berkoyan2. Keluar dari lif, kendong berat dua belah tangan dengan kuih raya berbalang2. Mungkin ada yang dah close shop last week..balik kampong daaaa..

Eh..acik nak tanya ni.. betul ke ada desas-desus mengatakan Hari raya aidilfitri kali ini jatuh pada hari Khamis bermakna 1 syawal pada hari khamis? Berita ni dah berleluasa, Cuma betul ngan tak betul je..Kena tunggu pemegang mohor besar Raja2 buat announcement la kot. Tapi ye laa..sekiranya betul, maknanye kita raya hari khamis, cuma 29 hari je la posa.. Acik tak beli ayam & daging lagi ni. Plan nak buat kuah kacang, kacang pun tak goreng ni..haru haru..lengkuas serai halia bawang mawang cili kemenda sumer tak siap lagi. Kelapa nak buat kerisik pon belum order..Haisssh..jangan sumer nak kena benda peket ni karang. Haru kalu cenggini…

Namun yang demikian, (ewah ewah..ala2 pembaca berita buletin utama gitew..)Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dari Jakim berkata supaya jangan mudah mempercayai desas-desus sebegini dan tunggu pengunguman dibuat setelah kita melihat anak bulan atau tidak pada malam 8 september ini. Melalui perkiraan Jakim telah menyatakan bahawa tarikh hari raya aidilfitri kali ini jatuh pada 10 September 2010 tetapi sekiranya kita nampak anak bulan pada malam 8 haribulan, hari raya akan bertukar tarikh iaitu pada hari Khamis.

Zamihan Mat Zin(penolong pengarah pusat Al-Quran dan Ilmu Teras) berkata terdapat sesetengah pihak yang keberatan untuk menyambut pada hari Jumaat kerana berat untuk melakukan dua solat dan 2 khutbah pada hari Jumaat itu, alasan sebegini tidak sepatutnya ada kerana kita patut bersyukur kerana hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan amat bagus sekiranya kita menyambut hari keraian setelah sebulan melakukan ibadah puasa. (Komen acik – memang, benda gini tak patut jadi alasan..ada ke patut????) Katanya lagi peyimpan mohor Raja-raja berhak membuat keputusan samada hari raya puasa ini disambut pada hari Jumaat atau khamis setelah membuat penelitian terperinci dan faktor anak bulan muncul. Orang ramai dinasihatkan jangan terpedaya dengan khabar angin sebegini.

Katanya lagi kita di Malaysia tidak perlu mengikut perkiraan arab saudi kerana negara kita mempunyai kaedah tersendiri melalui Rukyah dan Hisab yang mana sudah diakui oleh para ulamak. Mungkin juga anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi cuaca yang selalu suram dan hujan akhir-akhir ini mungkin mengaburi mata pemerhati-pemerhati anak bulan nanti. Sekiranya ini terjadi kita akan balik kepda perkiraan ahli falak iaitu hari raya puasa kali ini pada hari Jumaat.

Haaaaa..tengok tu..orang expert dah bagi penjelasan. Kita tunggu announcement malam 8 Sept nanti ye kengkawan. Tapi apa2 pun, stok2 kan le ayam daging dan yang sewaktu dengannya dalam fridge. Mau terbabooom berita raya hari Khamis nanti, keluarkan je la dan masak. Tak yah nak rushing2 pegi tesco ke, Carrefour ke ..mau licin ayam2 diorang..

Acik ingak nak gi malam ni beli stok laaa..
 
Baai dulu..muaaahss

0

Baju raya bling bling..

Nak pecah rahsia sket. Baju raya acik tahun ni bling2…jangan maraaaahhhh..Bling2 tu dari manik2 halus yang acik tempek kat baju. Buat sendiri murah sket. Tapi kalau hantar upah, dalam RM70 ke atas ler..tengok betapa complicated nya design tu..

Acik memang suka jahit manik ni tapi yang tak tahan tu mata & badan. Manik2 tu kan halus bebeno so, kiraan kena betul. Kalau tak, melengkung sebab jarak pendek.

Acik ni kira beginner lagi .. so takde la expert tapi acik dah start jahit yang nampak advance sket.

Nah tengok kat bawah ni keja tangan acik setakat ni..Sorry..gamabr kurang memuaskan.. :P

Tengok la ni haaa.. kelakar tak hengat!!

Ya Allah..ampunkan la aku hari ni. Memang acik giler gelak tengok video ni. Sampai nangis gitu..Tapi sini tak leh gelak beso2 sebab nanti orang ofis ingat acik gila gelak sengsorang..

Takpe laaa.korang tengok laa kalau buleh bukak..memang gerenti kelako..jangan gelak kuat2 sudeyyy...Tapi kalu tak buleh bukak, tinggalkan mesej kat shoutbox acik yeak..nanti acik tengok2 apa masalah teknikal nyerr...


Baaaii dulu..muaaahss..

Related Posts with Thumbnails
Back to Top