Alahai anak mummy..

Raya ni masih in-season lagi ni..open house invitation banyak lagi ni..hujung minggu ni acik dah kira dah..ada 3 lagi undangan pada hari sabtu, 2 pada hari minggu..erk…ada lagi raya ke? Rasanya 29 Syawal ni hari Jumaat dah penutup dahh.. ermmm..takpe laaa… InsyaAllah akan dipenuhi..
Nak citer nih..anak acik minggu lepas demam, minggu ni plak batuk berpanjangan..sian dia..batuk2 sampai terkuar air mata. Alih2 kena bawak balik pi ampang puteri, jumpa doctor kesayangan dia tuh..haaa..dah kena pi amik nebulizer. Dia dah biasa dah amik benda ni..semenjak umur 2 tahun lagi..dapat bronchitis lepas tu doctor terus suruh pakai chamber untuk amik puff ubat asma combivent.
Ada orang salah anggap bahawa kalu dah pakai puff chamber and amik nebo (nama pendek nebulizer) nih..kira asma kronik, tapi sebenarnya tidak. Amik benda ni untuk mengurangkan pressure dan membuka rongga pernafasan dia sket supaya dia senang bernafas. Ni paling2 kena buat 3 hari sekali untuk 3 hari berturut2. Lepas tu, sambung la dengan aerochamber dia sekali kat umah..Cenggitu la anak acik ni..


Rasanya ramai orang tau apa itu asma..atau bahasa kampungnya semput. Tapi sebenar2 kejadian asma terjadi akibat keradangan sistem pernafasan yang menyebabkan kita sukar bernafas dengan batuk berpanjangan. Ia juga terjadi akibat alahan terutama pada habuk, debu2, pollen bungaan, makanan, pewarna, bulu binatang  dan sebagainya.  Untuk tahu jenis alahan, doctor kena buat ujian darah untuk menentukannya.
Bagi anak acik ni, dia ni suka suki main selimut..konon2 ala2 khemah. Tapi itu lah trigger kepada asma dia..alahan kepada habuk. Tapi bebudak ni, cakap le 500 kali pun, dia buat jugak. Akhirnya kita yang pening..batuk sepanjang malam..Ni kira ok tak kena admit hospital, kalu tak memang doctor paksa masuk.
Tapi sesapa yang ada asma tu, kita jangan buat leka. Sebab masalah pernafasan mungkin membawa maut. Cepat2 bawak untuk amik nebo..sebab tu hospital dia ada spesel bay  untuk pesakit asma. Kalau dah kronik, dia bagi top priority..jangan memain worrr…
Waaaahh..pasan tak acik dah tuko layout? Hehehehe..ini gara2 layout Cik Sophie Al-Yahya yang besh giless tu..dah acik tiru sejibik macam dia punya..kekekekek..jangan marah Cik Sophie..
Aisey..acik macam takde keja je kan..makan gaji buta je ni…aiisssshh..takde..ni acik buat masa awal2 pagi datang keja semalam..so takde la menyalahgunakan masa keja..

Baii dulu...muaaahss..


1 komentar:

Myvitrd said...

Semoga cepat sembuh ye.. cian dia

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Back to Top