0

Raya Oh Raya..

Hari Raya datang lagi..dalam masa beberapa hari je lagi..Sudah kah anda bersiap sedia? Rendang apa nak masak? Ketupat? Lemang? Lemang tu kalau di KL ni sah2 beli tepi jalan jee…kuikuikui..

Baju anak? Kasut anak? Stokin? Songkok? Sampin..ni antara2 checklist2 yang kena dicompletekan..kalu tak, ada yang menjerit pagi raya..Anak acik punyer dah siappppp!

Kuih muih? Kacang macang?Gula2? Iskkkk..terbanyak la plakkk.. Bukannye ape, acik balik ofis minggu lepas, tengok ramai bawak kuih2 berkoyan2. Keluar dari lif, kendong berat dua belah tangan dengan kuih raya berbalang2. Mungkin ada yang dah close shop last week..balik kampong daaaa..

Eh..acik nak tanya ni.. betul ke ada desas-desus mengatakan Hari raya aidilfitri kali ini jatuh pada hari Khamis bermakna 1 syawal pada hari khamis? Berita ni dah berleluasa, Cuma betul ngan tak betul je..Kena tunggu pemegang mohor besar Raja2 buat announcement la kot. Tapi ye laa..sekiranya betul, maknanye kita raya hari khamis, cuma 29 hari je la posa.. Acik tak beli ayam & daging lagi ni. Plan nak buat kuah kacang, kacang pun tak goreng ni..haru haru..lengkuas serai halia bawang mawang cili kemenda sumer tak siap lagi. Kelapa nak buat kerisik pon belum order..Haisssh..jangan sumer nak kena benda peket ni karang. Haru kalu cenggini…

Namun yang demikian, (ewah ewah..ala2 pembaca berita buletin utama gitew..)Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dari Jakim berkata supaya jangan mudah mempercayai desas-desus sebegini dan tunggu pengunguman dibuat setelah kita melihat anak bulan atau tidak pada malam 8 september ini. Melalui perkiraan Jakim telah menyatakan bahawa tarikh hari raya aidilfitri kali ini jatuh pada 10 September 2010 tetapi sekiranya kita nampak anak bulan pada malam 8 haribulan, hari raya akan bertukar tarikh iaitu pada hari Khamis.

Zamihan Mat Zin(penolong pengarah pusat Al-Quran dan Ilmu Teras) berkata terdapat sesetengah pihak yang keberatan untuk menyambut pada hari Jumaat kerana berat untuk melakukan dua solat dan 2 khutbah pada hari Jumaat itu, alasan sebegini tidak sepatutnya ada kerana kita patut bersyukur kerana hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan amat bagus sekiranya kita menyambut hari keraian setelah sebulan melakukan ibadah puasa. (Komen acik – memang, benda gini tak patut jadi alasan..ada ke patut????) Katanya lagi peyimpan mohor Raja-raja berhak membuat keputusan samada hari raya puasa ini disambut pada hari Jumaat atau khamis setelah membuat penelitian terperinci dan faktor anak bulan muncul. Orang ramai dinasihatkan jangan terpedaya dengan khabar angin sebegini.

Katanya lagi kita di Malaysia tidak perlu mengikut perkiraan arab saudi kerana negara kita mempunyai kaedah tersendiri melalui Rukyah dan Hisab yang mana sudah diakui oleh para ulamak. Mungkin juga anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi cuaca yang selalu suram dan hujan akhir-akhir ini mungkin mengaburi mata pemerhati-pemerhati anak bulan nanti. Sekiranya ini terjadi kita akan balik kepda perkiraan ahli falak iaitu hari raya puasa kali ini pada hari Jumaat.

Haaaaa..tengok tu..orang expert dah bagi penjelasan. Kita tunggu announcement malam 8 Sept nanti ye kengkawan. Tapi apa2 pun, stok2 kan le ayam daging dan yang sewaktu dengannya dalam fridge. Mau terbabooom berita raya hari Khamis nanti, keluarkan je la dan masak. Tak yah nak rushing2 pegi tesco ke, Carrefour ke ..mau licin ayam2 diorang..

Acik ingak nak gi malam ni beli stok laaa..
 
Baai dulu..muaaahss

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Back to Top