Ingat tak acik buat contest ari tu? Ni nak wat announcement la ni..
Dengan sukacita dimaklumkan bahawa TAKDAK lagi pemenang. Nombor 1245 dah pass tapi takde owang email screen shot pon...so kira takde la tuh..
So ade peluang le kengkawan..sekarang ni nombor 1269..so sesapa yang boleh dapat nombor 1303, akan dapat RM20 top up! Upgrade RM10 hadiah nih..saper tak nak..? Syarat2 penyertaan masih sama macam yang ari tu..klik sini
Tarikh tutup yang ni adalah pada 01 DECEMBER 2010 @ pukul 12 tengah malam. Cepat cepat!! Lepas ni acik bukak nombor baru plak..
Baii dulu..muaaahsss..
0
Tentang Ayah .. Satu coretan menyentuh hati..
Satu email yang menyentuh hati diterima hari ni. Selama ni kita kurang menilai pengorbanan seorang ayah, tapi menggembar gemburkan kasih seorang ibu. Sebenarnya kita patut seimbang, sungguhpun penat jerihnya berbeza, acik rasa kasih sayangnya sentiasa sama rata, sungguhpun ramai yang tidak menunjukkannya. Sungguhpun bengis dan garang, cuma sejak acik bergelar ibu ni, acik faham yang itu adalah untuk kebaikan kita jugak.
Didedikasikan khas untuk Ayahanda Wan Bujang yang tersayang di Bintulu, Sarawak..semoga panjang umur, murah rezeki dan hidup dirahmati Allah sentiasa dan dalam lindunganNya selama-lamanya...Amin amin ya rabbal 'alamin...
Didedikasikan khas untuk Ayahanda Wan Bujang yang tersayang di Bintulu, Sarawak..semoga panjang umur, murah rezeki dan hidup dirahmati Allah sentiasa dan dalam lindunganNya selama-lamanya...Amin amin ya rabbal 'alamin...
"Tentang Ayah..
Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?
Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?
Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?
Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari puteri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....
Tapi sedarkah dikau?Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.
Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.
Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..
Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...
Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?
Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :) ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbual berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?
Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahawa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahawa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"
Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya kerana memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.
Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...
Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.
Dan akhirnya....
Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"
Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahawa "KAMU MAMPU" dalam segala hal."
Apa citer ni McD?!
McD merupakan salah satu fast food chain feveret acik. Tapi semenjak 2 menjak ni, ada citer2 tak besh tentang McD ni..riso la plak acik dengar. Mula nya dulu isu halal, lepas tu isu berger yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, tak basi berbulan..sekarang, isi ayam tak masak la plakkkk..aish..dah ler Deluxe ni memang feveret acik..
Gambor2 ni ada orang email kat acik last week..betol tak betol..tak buleh nak dipastikan..Ada sesapa yang buleh bagi penerangan lanjut? Tak syiok laaaa...
Baii dulu lerrr..muaaahsss..
Gambor2 ni ada orang email kat acik last week..betol tak betol..tak buleh nak dipastikan..Ada sesapa yang buleh bagi penerangan lanjut? Tak syiok laaaa...
Baii dulu lerrr..muaaahsss..
Acik buat contest! Jom join!
Ting ting ting!! Entah kenapa pagi ni, semangat acik nak buat contest berkobar2. Siap pikir pasal hadiah lagi..
So, dengan semangat waja, acik nak announce nih.. YE BETOL! ACIK NAK BUAT CONTEST.
Nampak tak counter visitor sebelah kanan nih? Caranya teramat la mudah.
1. Setiap kali kengkawan jalan2 kat blog ni, kengkawan akan diberitahu bahawa anda visitor yang ke XXXX. Betol kan?
2. So, nombor pilihan acik minggu ini adalah ..jeng jeng jeng.. 1245 dan 1303
3. Apa yang korang2 kena buat, masuk blog acik (dah sah2 ler kena masuk kan), kalau korang adalah visitor ke 1245 atau 1303, capture full screen shot dan email kat acik (mummynazhan@live.com). Jangan lupa tinggalkan nama & no. handphone sekali yek dalam email tu..senang kita nak berhubung..nak hadiah kan???
a. Cara capture screen shot tau tak? Kalau tak tau, tekan CTRL dan Print Screen button serentak,
b. Lepas tu bukak Words yang baru, tekan CTRL dan V serentak. Tadaaaaa!! Siap! Save file tu dan email la acik..
4. Lepas tu, tinggalkan komen sepatah dua kat entry ni..ah ah..acik nak tengok timestamp dia aje. Kalau nak tinggalkan sepatah pun takpe, contohnya “Dah anto..”, tu kira orite la tu.
5. Lepas acik timbang tara, acik bagi le hadiah di atas titik peluh korang blog walking .. senang kan? Tak yah nak exchange exchange link ..tak yah lekat2 banner. Blog walk aje keja korang yeaa..dapat hadiah.. syiok keja gitu.. wooohooo..
Hadiah nye? Top up bernilai RM10 untuk setiap sorang. Tak kesah la korang pakai line mana, Hotlink ke, Celcom ke, Digi ke, U Mobile ke, akan dapat hadiah nye. So untuk siri ni, akan ada 2 orang pemenang..Sorang cuma boleh dapat sekali je ye..bagi chance kat kengkawan lain..
Amacam ok tak? Contest nih bermula dari sikalang (ari ni 22 bulan 10 tahun 2010) dan berakhir pada 31 bulan 10 tahun 2010 pada pukul 10.10 minit malam. Pemenang2 akan diannounce pada 1 bulan 11 2010. Takde, bukan pada pukul 11 pagi..tapi bila2 masa aje laaa..
Acik ingat nak wat ni tiap2 minggu ke, bulan ke, ok tak? Tapi hadiah lain2 .. ada dapat voucher nanti. Wahh..acik memang rajin jugak beli voucher.. atau hadiah lain laa..nanti acik fikirkan dulu..
So, selamat berblog walking..mana tau rezeki nombor korang. Baii dulu..muaaahhhss..
Mana ko pi ni Cornetto?
Hari hari terindah..
Assalamualaikum rakan-rakan blogger ku sekalian..
Sajer je mukadimah cenggitu..lama tak tulis citer yek. Busy aaaa..banyak report nak kena buat, bos mintak buat analisis ini itu..isssshh..memang busy gilesss tahap gaban lerr.. baru ari ni je ok ok sket..
Ade ke muka kita camni? Acik memang rasa ye..mungkin lagi teruk..kuikuikui..
Itu la dia ye kengkawan..kitaran minggu kitaa..hari2 yang indah bangat! :) . Baiii dulu laaaa..muaaaahhhhsss..
Sajer je mukadimah cenggitu..lama tak tulis citer yek. Busy aaaa..banyak report nak kena buat, bos mintak buat analisis ini itu..isssshh..memang busy gilesss tahap gaban lerr.. baru ari ni je ok ok sket..
Tapi ni pun bukan acik nak citer kemende, saje je nak meringankan otak yang dah berat ni..
Ade ke muka kita camni? Acik memang rasa ye..mungkin lagi teruk..kuikuikui..
Bila tiba ari senin, muncung panjang, dahi berkerut..kejaa banyakkkk!! Bos banyak songeh pulaaaakkkk..Kawan sebelah MC ler, EL ler..tinggal aku sorang....grrrrrrrrrrrrammmmmnyeeeeeeeeee!
Hari Selasa - Ok ke tak lagi nih? KO lagi tapi buat2 ok..lalok lagi ni..angin hari Sabtu tak abis lagi..toing toing..
Hari Rabu...waaa cheeeeeh..semangat neh semangat..bos takde, sebab gi meeting. Boleh tulis blog kaw2..ngeh ngeh ngeh..report letak tepi dolo...nak plan nak tulis aper dalam blog nih..hikhikhik..
Khamis, here I come!! Dah plan esok nak pi Tesco ke, Carrefour ke..nak shopping sambil2 beli barang dapur..wahhhh list dah panjang dah dalam a4 paper ni.. report??? alaaa..esok ada lagii..nanti dulu aaaaa...bos meeting lagii.. muahahahahahaha (*gelak jahat sket*)
Yahhhhhhhooooooo! Akhirnya ko tiba juaaa...JUMAAT! Ni hari paling bessshhhh! Sebab esok Sabtu, tak yah bangun awal..lepas Subuh boleh titon balik..breakfast kat kedai mamak makan tosai garing..gumbira gumbira! Lepas breakfast boleh gi shuppping! Shupping shupping..jangan tak shupping..selagi duit tak abis, shupping aje..Jumaat & Sabtu ari feveret acik..yieeeeeeeeeeehaaa!
Errrkkk..bangun pagi minggu. Ehh..dah ari minggu yek...? Patut ler rasa cam toya je....nak iron baju, nak lipat baju, nak tengok beg Ajan..nak tengok CSI ulangan ..eh camner ni? Banyak nyer nak nak nak...Terbuat kee???
Waaaaaaaaaaaaaaa!! kenapa masa ni begitu cepat berlalu! Dah ari minggu malam dahhhh..nak kena tido awal..mana nak tengok smallville, mana nak tengok axn..nak facebook lagi...esok dah senin balik...bangun pepagi butess, nak layan report kat ofis lagii..nak hantuk je kepala kat dinding niii...uhuk uhuk uhuk... boleh tak kalu tak nak gi ofis esok???
Itu la dia ye kengkawan..kitaran minggu kitaa..hari2 yang indah bangat! :) . Baiii dulu laaaa..muaaaahhhhsss..
Alahai anak mummy..
Raya ni masih in-season lagi ni..open house invitation banyak lagi ni..hujung minggu ni acik dah kira dah..ada 3 lagi undangan pada hari sabtu, 2 pada hari minggu..erk…ada lagi raya ke? Rasanya 29 Syawal ni hari Jumaat dah penutup dahh.. ermmm..takpe laaa… InsyaAllah akan dipenuhi..
Nak citer nih..anak acik minggu lepas demam, minggu ni plak batuk berpanjangan..sian dia..batuk2 sampai terkuar air mata. Alih2 kena bawak balik pi ampang puteri, jumpa doctor kesayangan dia tuh..haaa..dah kena pi amik nebulizer. Dia dah biasa dah amik benda ni..semenjak umur 2 tahun lagi..dapat bronchitis lepas tu doctor terus suruh pakai chamber untuk amik puff ubat asma combivent.
Ada orang salah anggap bahawa kalu dah pakai puff chamber and amik nebo (nama pendek nebulizer) nih..kira asma kronik, tapi sebenarnya tidak. Amik benda ni untuk mengurangkan pressure dan membuka rongga pernafasan dia sket supaya dia senang bernafas. Ni paling2 kena buat 3 hari sekali untuk 3 hari berturut2. Lepas tu, sambung la dengan aerochamber dia sekali kat umah..Cenggitu la anak acik ni..
Rasanya ramai orang tau apa itu asma..atau bahasa kampungnya semput. Tapi sebenar2 kejadian asma terjadi akibat keradangan sistem pernafasan yang menyebabkan kita sukar bernafas dengan batuk berpanjangan. Ia juga terjadi akibat alahan terutama pada habuk, debu2, pollen bungaan, makanan, pewarna, bulu binatang dan sebagainya. Untuk tahu jenis alahan, doctor kena buat ujian darah untuk menentukannya.
Bagi anak acik ni, dia ni suka suki main selimut..konon2 ala2 khemah. Tapi itu lah trigger kepada asma dia..alahan kepada habuk. Tapi bebudak ni, cakap le 500 kali pun, dia buat jugak. Akhirnya kita yang pening..batuk sepanjang malam..Ni kira ok tak kena admit hospital, kalu tak memang doctor paksa masuk.
Tapi sesapa yang ada asma tu, kita jangan buat leka. Sebab masalah pernafasan mungkin membawa maut. Cepat2 bawak untuk amik nebo..sebab tu hospital dia ada spesel bay untuk pesakit asma. Kalau dah kronik, dia bagi top priority..jangan memain worrr…
Waaaahh..pasan tak acik dah tuko layout? Hehehehe..ini gara2 layout Cik Sophie Al-Yahya yang besh giless tu..dah acik tiru sejibik macam dia punya..kekekekek..jangan marah Cik Sophie..
Aisey..acik macam takde keja je kan..makan gaji buta je ni…aiisssshh..takde..ni acik buat masa awal2 pagi datang keja semalam..so takde la menyalahgunakan masa keja..
Baii dulu...muaaahss..
Baii dulu...muaaahss..
Subscribe to:
Posts (Atom)